Mengapa saya harus berhenti merokok?
Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana:
- Merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga.
 - Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
 - Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh:
- Sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak
 - Mengalami perkembangan paru-paru yang lemah
 - Mendapat asma
 
 
Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?
 
Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:
- Panjang umur - Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
 - Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya - Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
 - Mencegah penyakit - Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
 - Kehidupan yang lebih sihat - Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
 - Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain - bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
 - Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
 - Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
 - Meningkatkan deria bau dan rasa
 - Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
 - Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
 - Menjimatkan wang - Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
 - Melindungi alam sekitar - Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
 - Meningkatkan kesuburan.
 - Meningkatkan tahap 'kelakian'
 
Bagaimana hendak berhenti merokok?
 
Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.
- Tetapkan tarikh untuk berhenti
 - Yakin diri
 - Buatkan nota peringatan
 - Katakan pada diri anda "saya bukan perokok"
 - Sentiasa berfikiran positif
 - Dapatkan sokongan
 - Gunakan terapi penganti nikotin
 - Amalkan 12M untuk berhenti merokok
 
Teknik berhenti merokok
 
Tip Berhenti Merokok 12 M :
- Melengah-lengahkan
-  Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
 
 -  Tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar
 - Menarik nafas panjang
-  Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
 
 -  Tarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan
 - Minum air
-  Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
 
 -  Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein
 - Menyibukkan diri
-  Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
 
 -  Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok
 - Menjauhkan diri
- Daripada orang yang merokok
 
 - Mengelakkan diri
- Daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok
 
 - Mengunyah sesuatu
- Seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis
 
 - Membasuh tangan selalu
 
- Mandi dengan kerap
 
- Meregangkan otot
- Lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk
 
 - Meditasi
 
- Memohon doa
- Berdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha
 
 
