NAVY PUO: July 2010

Thursday, July 22, 2010

LEE BAN DET TERIMA AMP - TAHNIAH!


Guys,
 
Photos of Lee Ban Det being bestow the AMP (Ahli Mahkota Perak ) by the Regent of Perak during the Sultan of Perak birthday recently.
 
One up for Ex Poly/Navy apprentice.
 
Anthony Au



__._,_.___

__,_._,___

Telefon Bimbit Boleh Buka Pintu Kereta Terkunci?

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan. Antaranya : - 1) NOMBOR KECEMASAN Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock) 2) KERETA TERKUNCI Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30cm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya. 3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang p ena mbahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda . 4) TELEFON KENA CURI Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri? Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera diskrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Santapan Rohani

Assalamualaikum.......

Sahabat2ku sekelian, marilah kita renungkan santapan rahani seketika didalam ruangan blog ini. dan saya berharap dapat disiarkan nampaknya telah lama tidak diisi dengan berita baru.

Dr Zainal Pit

Jabir bin Abdullah berkata, "Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.

Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata: "Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?"

Maka Rasulullah SAW pun bersabda,"Dunia itu adalah impian orang yang tidur."

Bertanya orang itu lagi, "Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?"

Bersabda Rasulullah SAW, "Satu kumpulan manusia yang berada didalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada didalam Neraka Sa'ir."

Orang itu bertanya lagi, "Apakah Syurga itu?"

Bersabda Rasulullah SAW, "Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini."

Bertanya orang itu lagi, "Apakah Jahanam itu?"

Maka bersabda Rasulullah SAW, "Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya."

Bertanya orang itu lagi, "Siapakah sebaik-baik umat ini?"

Bersabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT."

Orang itu bertanya lagi, "Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"

Bersabda Rasulullah SAW, "Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah."

Orang itu bertanya lagi, "Seberapakah ketentuan taat itu?"

Bersabda Rasulullah SAW, "Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah."

Bertanya orang itu lagi, "Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?"

Bersabda Rasulullah SAW, "Hanya sekadar memejamkan mata sahaja."

Jabir melanjutkan ceritanya, "Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu."

Rasulullah SAW bersabda, "Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.

Bersabda Rasulullah SAW lagi, "Sesungguhnya Allah SWT tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya."

Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal.
Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat, janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hnya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia.

What Friend Can Give?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com