NAVY PUO: November 2010

Tuesday, November 30, 2010

TERIMA KASIH SAHABAT - DE'RUMBIA BISTRO SELAMAT DIRASMIKAN










Alhamdulillah .... pada 27 November 2010 restoran De'Rumbia Bistro selamat dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Aziz Satar. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan ex-navy yang sudi hadir. Terima kasih kepada Man Cina yang sudi menjadi MC pada malam tersebut. Terima kasih kepada Halim kerana menyumbangkan sebuah lagu. Terima kasih kepada Mat Nor, Razak, Ban Deet dan Bob. Tidak lupa juga tahniah kepada Bob kerana anak beliau berjaya dalam pengajian di UiTM. Diberitakan pada siangnya Bob hadir ke majlis konvokesyen anak sebelum hadir ke majlis perasmian De'Rumbia Bistro.

Semoga bertemu lagi di lain kesempatan. 


Tuesday, November 23, 2010

LOKASI DE'RUMBIA BISTRO


Kepada rakan-rakan yang nak berkunjung ke De'Rumbia Bistro, sila ikut panduan jalan seperti di atas. 

TERIMA KASIH RAHMAN DAN AZIZUL

Selama dua hari berturut-turut restoran aku menerima tetamu yang amat aku nanti-nantikan .... rakan-rakan ex-navy!  Pada petang 20 November 2010, Azizul Rahman bersama isteri dan anak-anak singgah di De'Rumbia Bistro. Mereka merupakan keluarga ex-navy pertama yang singgah....terima kasih Azizul. Aku tak sempat ambil gambar kerana berasa teruja dengan kehadiran mereka. 

Pada 21 November pula, Rahman dan isteri pulak singgah....dia makan mee celup dan ABC....DIA KATA SEDAP...sambil memberi beberapa komen dan cadangan untuk penambahbaikan...terima kasih Rahman...

Sambil tu...Chan Poh Pay telefon....mungkin diapun nak singgah kot....

Apapun...aku harap pada 27 November ni ramai teman-teman ex-navy dapat hadir....kalau ada kelapanganlah.

Monday, November 15, 2010

Rahman Dah Jumpa Yusof Di Seremban

Yusoff HJ.JPG

Rahman bagi tau dia dah dapat mengesan di mana Yusof berada......dengar-dengarnya kat Seremban. Apa-apapun kalau sesiapa nak maklumat lanjut sila berhubung dengan Rahman. 

Monday, November 08, 2010

D'RUMBIA BISTRO MULA BEROPERASI PETANG INI (8 NOV 2010) - SELAMAT DATANG

Setelah selesai membersih dan mengemas serta sedikit ubahsuai, maka mulai petang ini - 8 November 2010 (Isnin), D'Rumbia Bistro akan mula beroperasi.

Buat permulaan menu yang disediakan adalah masakan tomyam dan Western. Menu akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut permintaan.

Dijangka juga dalam minggu ini, nasi campur akan disajikan untuk makan tengahari.

SELAMAT DATANG, AHLAN WA SAHLAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com