NAVY PUO: Tentera khidmat 10 tahun dapat pencen?

Friday, September 25, 2009

Tentera khidmat 10 tahun dapat pencen?

Assalamualaikum........



Terlebih dahulu saya sekeluarga mengambil kesempatan tidak telalu awal untuk mengucapkan Selamat Berpuasa Dan Selamat Berhari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin sekiranya ada kesilapan dan kesalahan dimasa masa dahulu mahu pun sekarang dan akan datang, InsyaAllah.

Bersama-sama ini saya sertakan satu artikal kebajikan bekas bekas tentera tak kira TD,TL,TU sama saja yang peting mereka akan terbela diatas pengorbanan untuk menjaga keselamat negara yang selama ini terbiar tidak terbela nasib mereka sebagaimana komunis yang menyerah diri mendapat ganjaran dari pihak kerajaan.

Marilah kita sama sama jayakan dan memberi apa jua cadang untuk kita dan sahabat2 kita terdahulu yang berjuang diatas negara keramat tersayang ini.  Apa apa cadangan bolihlah dihantar ke JHEV masing masing semoga mereka bolih menbawa usul ini keperingkatan atas.

Mari lah sekali lagi kita bersama sama berdoa semoga Allah berkenan doa hamba hamba Nya itu. Amim......

Sekian, Wassalam....

Petikan dari Utusan Malatsia
ARKIB : 21/08/2009

Tentera khidmat 10 tahun dapat pencen?

IPOH 20 Ogos - Anggota tentera yang berkhidmat dalam tempoh 10 tahun berpeluang menikmati pencen jika cadangan mengenainya diluluskan dalam Akta Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan digubal tidak lama lagi.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, pada masa ini, hanya anggota tentera yang berkhidmat dalam tempoh 21 tahun menerima pencen minimum iaitu RM720 sebulan.
Katanya, anggota yang berkhidmat kurang daripada tempoh itu tidak menerima pencen melainkan mereka terkorban dalam peperangan.
"Kita mencadangkan satu formula pencen munasabah untuk diberikan kepada anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan bawah tempoh 21 tahun dan kita mencadangkan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi dialog dengan veteran ATM Perak yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani di sini hari ini.
Kementerian Pertahanan sebelum ini bercadang mewujudkan Akta Veteran ATM bagi memastikan kebajikan pesara tentera terus terjamin.
Akta itu akan memberi kekuatan kepada JHEV ATM dalam usaha menyeluruh memastikan nasib mereka yang pernah berjasa kepada negara sentiasa terjaga.
Zulkiflee berkata, pihaknya berharap dapat menyelesaikan draf cadangan akta tersebut menjelang hujung tahun ini sebelum ia dibentangkan pada Parlimen akan datang.
Katanya, setakat ini, pihaknya sudah mengadakan sesi dialog dengan lebih 2,000 veteran ATM di 11 negeri bagi mendapatkan pandangan mereka sebelum akta itu digubal sebagai undang-undang.
"Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini dan akta ini dapat dikuatkuasakan pada tahun depan," katanya.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut mencadangkan penubuhan Majlis Veteran ATM yang bertanggungjawab untuk menggaris dasar serta hala tuju kepentingan veteran ATM.
Sementara itu, Muhammad pula berharap veteran-veteran ATM mengemukakan masalah-masalah yang dihadapi dan cadangan untuk kebaikan mereka sebelum akta tersebut digubal.
Katanya, selepas akta itu digubal, hanya apa yang termaktub di dalamnya akan dilaksanakan oleh kerajaan.
"Kita harap sebelum akta ini diadakan, kadar baru elaun tambahan dan pencen hilang upaya dapat diberi kepada bekas tentera yang tamat perkhidmatan sebelum 1 Januari 2001 termasuk yang berjuang menentang komunis.
"Ini kerana terdapat 292 bekas tentera yang cacat semasa bertempur dengan komunis dan mereka merasakan jasa mereka tidak dihargai," katanya.


Dr. Zainal Abidin Bin Mohd Shariff                                                                              
Zainal Pit
No.349 Taman Mas
Kg Koh
32000 Sitiawan
Perak
05 - 5347589

3 comments:

  1. Dr? Dr apa yaa?

    Bob Sudharmin

    ReplyDelete
  2. Salam skot. saya zol pesara dari TD amat bersetuju dengan artikel ajenda perjuangan ssudara dalam membela kebajikan bekas persara yang tak berpencen maaf kalau bahasa kureng elok den cuma mat sabun yo....jika benar nak membantu pesar dalam akta veteran saya berpendapat amat mudah untuk dilaksanakan. FORMULA dicadangkan adalah seperti berikut:
    1. perkhidmatan 10, 15 dan 18 tahun wajib dibayar pencen sebanyak 45% pada tangga gaji terakhir semasa mat sabun itu berkhidmat dalam ATM termasuk dari kalangan Mat Sabun pegawai/LLP.

    2. Pencen yang diterima tidak boleh diwarisi oleh waris. (bila padam pencen pun terbatal secara otomatik).\

    3. Mansuhkan AKTA 1972 dan perkhidmatan sekarang untuk 10,15 dan 18 wajib menerima pencen samaada sikit atau banyak tertakluk pada lama perkhidmatan, kalau nak maksima pencen konolah berkhidmat lebih 21 tahun keatas camno ok tak.

    4 Dana dah ada dari PM Dato seri Najib b Tun Abdul Razak sebanyak 50 Juta banyak tu tak timbul untuk melatih jadi usahawan sebab memberi latihan kepada mat sabun selama 6 bulan atau lebih peruntukan telah di salurkanke PERHEBAT kalau peruntukan yang beri mengoyangkan orang berkenaan ytang membuat dasar. Sama-sama kito fikirkan

    ReplyDelete
  3. Kalo yg brenti 10,15 Dan 18 dpt PENCEN.....kerajaan kene bagi penuh LTAT kpd anggota PENCEN 21 thn .Itu baru adil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...