NAVY PUO: November 2009

Tuesday, November 24, 2009

AKAUN UNTUK KUTIPAN BAYARAN/SUMBANGAN

Semua sahabat sekelian, bagi memudahkan penyelarasan soal-soal kewangan, semua kutipan hendaklah disalurkan ke akaun Tuan Bendahari kita Akaun Maybank: NOOR AZMAN BIN MOHAMMAD 108168129784.

Harap rakan-rakan semua bersetuju dengan kaedah ini. Bagi tujuan penyelarasan soal-soal lain bolehlah kita lantik 3 orang yang dicadangkan oleh Rahman tu...Utara - Mike Cole, Tengah - Azman dan KL dan selatan - Aku

Friday, November 13, 2009

REUNION GATHERING

Berlanjutan dari perbincangan kecil yang diadakan malam tadi, perjumpaan telah diputuskan akan dilangsungkan di Teluk Batik Beach Resort mulai jam 8.00 malam.  Event ini dilaksanakan mulai jam 8.00 mlm hingga selesai dan tiada sebarang acara sukaneka.  Ianya lebih kepada perjumpaan dan berinteraksi bersama kawan-kawan lama dan salah satu acara nya ialah setiap seorang akan diminta memperkenalkan diri serta keluarga masing-masing dan kerjaya selepas tamat/pencen perkhidmatan. En. Zaini Hassan akan menayangkan gambar/slide dokumentari nostalgia pada malam tersebut.  Semua kawan-kawan adalah diminta menyumbang  dan membawa apa-apa hadiah dan cenderamata untuk menjayakan acara cabutan bertuah. Aturcara rasmi akan dimaklumkan setelah dimuktamadkan kelak.  

Semua ahli untuk diminta untuk menyumbangkan apa-apa idea yang baik dan mampu dilaksanakan.  Acara lawatan ke pangkalan TLDM sedang diusahakan dan selain dari acara malam tersebut lain-lain masa adalah masa ersendiri dimana kawan-kawan boleh berkelah atau melawat tempat-tempat perlancungan di sekitar Lumut dan Sitiawan, menziarah rumah kawan-kawan yang bermaustatin di sekitar Seri Manjung/Lumut/Sitiawan.

Diharap semua kawan-kawan dapat menghebahkan berita ini kepada lain-lain kawan yang tidak mempunyai aksess email ini.  Tolong sahkan kehadiran segera kepada saya atau Mail Cole di mail7644@yahoo.com

Jumlah kehadiran dikehendaki segera bagi memudahkan penempahan saiz dewan dan jumlah sajian.  Anggaran per head adalah antara RM 20.00 - RM 30.00.  Penginapan tidak disediakan tetapi kawan-kawan boleh membuat penempahan terus dari mana anda berada melalui semakan hotel di Lumut/Sitiawan di www.yellowpages.com.my 

Kerjasama anda semua amat diperlukan bagi membantu menjayakan acara ini.

Thank You.

Wassalam,
Hj Azman 

Thursday, November 12, 2009

CONFIRM REUNION DI LUMUT

Akhirnya confirm majlis reunion pertama bekas-bekas anggota NAVY-PUO-NIRIMBA-UK akan diadakan di LUMUT pada 19 DISEMBER 2009. Satu mesyuarat telah diadakan di Sitiawan pada 11.11.2009 yang diberitakan dihadiri oleh Rahman, Ban Deet, Man China, Ayob dan lain-lain lagi yang aku pun tak tau....(pasai akupun dengar cerita dari depa yang pi mesyuarat....)

Apa-apapun aku ucapkan tahniah dan terima kasih banyak-banyak kepada yang hadir. Aku akan bantu apa yang patut dari KL ni.....insya Allah....

Diharap rakan-rakan semua sila beri nama kepada Mael Cole untuk kehadiran......PLEASE......AKU RAYU DENGAN HATI YANG IKHLAS....DARI LUBUK SANUBARI AKU......PAKAT-PAKATLA KITA JOINT GATHERING NI....PLEASE.....MUNGKIN INILA PEUANG TERAKHIR KITA DAPAT BERSUA MUKA....ALMAKLUMLAH....KITA SEMAKIN MENITI USIA SENJA....

Kepada rakan-rakan NAVY yang lain pun boleh joint....dan exPUO yang bukan navy juga dialu-alukan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com