NAVY PUO: Jangan Risau, kereta Honda Kat Malaysia tak terlibat!

Thursday, February 11, 2010

Jangan Risau, kereta Honda Kat Malaysia tak terlibat!

KUALA LUMPUR 10 Feb.– Kereta-kereta Honda yang dijual di Malaysia semenjak 2001, tidak terbabit dengan arahan panggil balik Honda Motor Co. akibat masalah alat penggembung beg angin (SRS) di negara-negara lain.

Pengumuman ini berikutan keputusan Honda Motor untuk mengembangkan panggilan balik kereta Honda terutama di Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun selepas laporan kegagalan sistem beg angin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu di sini hari ini, katanya, jumlah keseluruhan kenderaan yang dipanggil balik adalah 437,763 unit seluruh dunia.

Syarikat itu juga berkata, alat penggembung sistem beg angin di tempat pemandu dalam kereta-kereta yang dipanggil balik itu akan diganti. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com