NAVY PUO: July 2009

Friday, July 31, 2009

Team Bola NAVY-PUO




Tiga keping gambar team bola NAVY-PUO yang dikirimkan oleh geng kita Zailan Hassan.....terima kasih banyak Zailan.

Menatap gambar-gambar ini pastinya menggamit nostalgia kita, kenangan indah kita .... ada rasa sendu di hati...teringat bekas kekasih lama apabila aku nampak bukit yang melatari gambar tersebut...syahdu rasa hati woooooo....

Sori la geng....rasa sentimental pulak tengok betapa hensemnya rakan-rakan kita waktu itu....

Thursday, July 30, 2009

Lokasi Reunion Ditukar Ke Restoran Nelayan Tasik Titiwangsa


Maaf geng semua sebab terpaksa tukar lokasi reunion ke RESTORAN NELAYAN TASIK TITIWANGSA atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tarikh dan masa tidak berubah iaitu 1 OGOS 2009 JAM 8.00 MALAM.

Jamuan makan secara buffer Melayu dan Steamboat, harga yang dikenakan ada seorang RM28.00 .... murah jer...kita pakat tong-tong la...

Lokasi ini dipilih kerana lebih santai dan senang parking serta di luar kesibukan Ibu Kota.

So jumpa di sana .....

Coretan Zailan Hassan

salam bro...mungkin bro tak perasan aku tapi aku dari 3rd batch yang hantar bro balik ke lumut utk upacara discharge selepas demo kat drill shed pelandok ...tapi yang lain-lain otai semua aku teruk kena ragging...tapi semua tu kenagan manis yang tak dapat dilupakan....semua super senior dan senior are the best....good effort for creating the blog...

Komen Abang Zack: Terima kasih Zailan....walaupun aku dah lupa kerana mungkin tak sempat kenal dulu....semoga nanti kita sempat kenal semula. All the best for you....

Wednesday, July 29, 2009

Coretan Anthony Au

I wish to convey my sincere thanks to you for creating this blog for us to chit chat and network.
It's been 30 years we have not met some of our friends,yes I have met some of our friends like
Tan Sui and some other Navy guys in Labuan during my tour of duty ( kerja la ). I'm presently in
KL and have settled down in Puchong where I met Halim "boxer',where our kids are studying in the
same school.

The photo of the selepas demo brings back memories where we have to shave our head botak and
stay at the army camp etc etc....................................................

Anyway we are really looking forward to the reunion at Lotus on 1st Aug 2009, but seems that Halim
mention that there could be changes to the venue. Do inform us via this blog or sms if there is any
changes to the venue.

Come on guys let's chat through this blog and I hope to hear some stories of our brothers........

Awas....jangan tertipu!

Semalam ketika membuka emel aku menerima satu emel yang kononnya dari Maybank menyatakan aku punya akaun Maybank2U sudah tidak aktif dan tidak boleh digunakan lagi. Emel tersebut meminta supaya aku log-in ke Maybank2U. Tanpa berfikir panjang akupun klik la ke address website yang dilink itu...memang website Maybank. Aku pun nak cek la sebab aku baru je masukkan duit dalam Maybank.

Ketika itu barulah aku terfikir...mana pulak Maybank tahu aku punya emel ni...emel ni aku baru jer create untuk buat blog Navy-PUO? So akupun cepat-cepat tutup balik website tu. Kemudian aku buka semula Maybank2U dan log-in gunakan aku punya password yang sedia ada. Boleh buka tak der masalah!

Nampaknya kita kena berhati-hati betul dengan benda-benda teknologi baru ni....kalau aku tak berhati-hati mungkin duit dalam bank lesap ....Aku teringat cerita-cerita ramai yang dah kena kes macam ni....

Monday, July 27, 2009

Ban Deet dengan Pengayuh Basikal


Gambar ni kiriman dari Lee Ban Deet untuk tatapan rakan-rakan semua dengan catatan berikut:

Aku kirimkan gambar ini untuk tatapan member kita.........dimana semalam aku pergi joint HHH.run di Bukit Mertajam...........sempat aku ambil gambar dengan Mr.David.Munusamy..yang akan lakukan kayuh basikal Solo..jelajah Eropah sebanyak 16 negara. Beliau pernah menaiki basikal ke Beijing, China semasa sukan Olimpik yang lepas.So kalau bolih mana tahu ada gang kita yang berminat nak ikut mission ini ...dengar kata Tajul.......dok ajar Burhanudin...............buat permulaan..........naik basikal jelajah Malaysia. semoga...ini dapat mengharumkan nama Malaysia.

Thursday, July 23, 2009

IN A HEARTBEAT !!

Think about this for a minute...

If I happened to show up on your door step crying,
Would you care?

If I called you and asked you to pick me up because
something happened,
Would you come?

If I had one day left, to live my life;
Would you be part of that last day?

If I needed a shoulder to cry on,
Would you give me yours?

This is a test to see who your real friends are or if you are just some
one to talk to when they are bored.


Send this to everybody on your list including the person who sent it
to you.
I just did.....because you ARE my friend.

Do you know what the relationship is between your two eyes?

They blink together, they move together, they cry together, they see
things together and they sleep together,
BUT THEY NEVER SEE EACH OTHER... that's what friendship is.

Your aspiration is your motivation; your motivation is your belief,
Your belief is your peace; your peace is your target,
Your target is heaven, and life is like hell without FRIENDS.

It's 'world best friends week'.
Who is your best friend?
Send this to all your good friends.
Even me, if I am one of them.

Save the Earth... it's the only planet with chocolate!!!!

Wednesday, July 22, 2009

Selepas Demo 1978


Gambar menunjukkan Tuan Jam memberi tahniah kejayaan selepas tamat nyer demonstrasi besar besaran di PUO tahun 1978. Peristiwa ini dirakam sebelum tiba nyer Pengetua PUO. hehehhheeehehhehe

Oleh
Bob Sudharmin

Reunion Gathering Bulan Disember - Pandangan Anda?

Tan Sui telah mencadangkan Reunion Gathering yang dirancang pada bulan Disember nanti diadakan pada tarikh di antara 16 hingga 20 Disember 2009, bertempat di LUMUT.

Berdasarkan undi yang kita jalankan sehingga setakat ini, pilihan tempat di antara Manjung dan Kuala Lumpur nampaknya adalah 50%-50%.

Oleh itu diharap rakan-rakan semua memberi pandangan tentang tarikh yang dicadangkan di atas dan tempatnya di Lumut.

Monday, July 20, 2009

1st Reunion KL Confirm di Restoran Lotus

Aku baru confirmkan dengan Halim, 1st Reunion KL akan diadakan di Restoran Lotus pada 1 Ogos 2009 pukul 8.00 malam

Oleh itu diharap rakan-rakan semua dapat meluangkan masa untuk menghadiri perjumpaan ini sekiranya berkelapangan. Untuk keterangan lanjut dan kompomkan kehadiran boleh call Halim 013-3887702 atau Zaini 016-3451739/017-3926553

Info Mengenai Penama EPF

INFO INI DIKIRIMKAN OLEH LEE BANDET UNTUK KITA SAMA-SAMA AMBIL PERHATIAN:

If ONE (1) of our Nominee in the EPF Nominees list deceased, automatically the whole arrangement (EPF Nominees list) is VOID. Meaning if, you only put in One (1) name & unfortunately he/she dies before you – automatically EPF will channel your EPF money to trustee of AMANAH RAYA upon your death.

Thou if, you DO have few names in the EPF Nominees list still - the whole arrangement is VOID & none of the individual balance name in the EPF Nominees list will get their potion & automatically EPF will channel your EPF money to trustee of AMANAH RAYA upon your death.

Piece of advice - if any of the your Nominee in the EPF Nominees list decease, please do immediately approach the nearest EPF counter & present the Death Certificate of the individual & re-instate you NEW / LATEST Nominee in the EPF Nominees list + NEW / LATEST percentage.

If, you & the other party (maybe spouse) involved in the same misfortune (accident / illness) that caused death to both yourself / spouse please, please, please alert your siblings / relatives / parents to immediately approach the nearest EPF counter & share the information within 3 days to AVOID all EPF money to be surrender to trustee of AMANAH RAYA.

Upon surrender to trustee of AMANAH RAYA, your children will have to battle the money thru 3 channels;

Majlis Agama

Pejabat Tanah

Mahkamah

The normal period via above 3 channels usually takes 2-3 years (except if you have inside/tip top connection) at Amanah Raya.

Ni la tempat kerja Rahman



Ni la gambar tempat kerja Rahman di persisiran laut China Selatan yang dikirim oleh Ban Deet.

Tengok gaya dalam gambar tu pastilah Rahman dah pernah bertemu dengan Duyong ataupun Dugong....memang telah ditakdirkan dia tak lama di Tentera Laut....tapi lama pulak di laut...tu lah yang dinamakan rezeki...selamat maju jaya Rahman!

Thursday, July 16, 2009

1st Reunion in KL


to all XPUO, that our first reunion in kl on this 1st ogos is still pending approval to how many willing to attend. please confirm by email or by sms to to h/p 0133887702 halim of your attendence.
i do hope we could make this happen as this will be our first ever reunion before we arrange a grand reunion in lumut maybe insyaallah end of this year.
your reply is much appreciated.
TQ

*** UP-DATE
date 1st ogos 8pm dah comfirm tapi zaini hassan akan confirm tempat. lotus kira port pertama tapi kalu ada perubahan akan aku beritahu kelak.
betul lotus kat citibank and nikko hotel

-Halim

Pesta ‘Jom Makan Durian’

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang berhasrat makan durian sepuas-puasnya boleh menghadiri pesta ‘Jom Makan Durian’ Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) di hentian Bukit Gantang, Perak arah ke utara selama tiga hari mulai Jumaat ini, di mana dengan bayaran RM7.90 seorang, pengunjung boleh makan durian tanpa had di pesta itu.

Pesta makan durian itu akan bermula dari jam 10 pagi dan berterusan sehingga stok durian bagi hari tersebut habis, menurut Plus Expressways Berhad dalam satu kenyataan di sini semalam.

Wednesday, July 15, 2009

Kengkawan sejak muda dolu2.. DZ

Halim...
Saper x ingat hang.. Murugan..
Ingatan engko pun ok gak..
Itu tamil punya lirik pun masih boleh ingat..
X per nanti jangan lupa bawa gitar.. jamming kat Lotus..
Kira jadi noo.. kat Lotus..

Dei macha Sekaran..
Where are you now la..
Back at your hometown.. Kulim?

I called Jeyaraj the other day..
The same voice that we know before..
Physical appearance? X tau lah camna..
Mungkin handsome lagi kot..
Itu rambut banyak hitam lagi ka..

Razak Ger MTU..
MTU APMM ships kat Kelang under whose care?

Man Cina..
Kalau jadi kita gather kat Lumut nanti..
Jangan lupa kita ajak En. Adnan & Chief Kamarudin
Sedikit citer yang ko buat pasal En Adnan tu..
Membuat tersentuh hati juga..
Mungkin sebab kita (oops myself saja?) dah jadi veteran kot
Mula mudah terasa.. hehe..


****** MACAM SAJAK DAAAAA

Jumpa Rahman dan Jem kat KL


Baru sekejab tadi (15.7.2009) jumpa ngan Rahman dan Jem. Dia orang datang KL dan singgah kat pejabat aku di Jalan Tun Razak. Walaupun jumpa sekejab saja, seronok dapat berborak panjang sambil minum teh dan kueh pau kat kantin.

Banyak juga cerita yang dapat dikutip dari Rahman...aku ingatkan dia lama dalam navy....rupa-rupa awal aku sikit je "disarakan" dari navy....sambil bersembang sempat juga call rakan-rakan seperti Rahmat Daud, Sahak Mike, Mael Cole....Mael call Jem tanya rambut aku hitam pakai dye ke...oii Mael rambut aku hitam asli la....jangan jealoussss...he he he...

Kami juga cakap-cakap soal nak buat reunion gathering bulan Disember nanti....Rahman cadangkan kat Bukit Merah...tapi apapun kita tunggu feeback dari rakan-rakan yang lain. Reunion tak rasmi hujung bulan ni jadikkkkk....Sahak Mike cadang buat kat Restoran Nelayan Titiwangsa....lom kompom lagi...tunggu maklumat selanjutnya. Kepada rakan-rakan yang nak joint boleh call Rahman atau tinggal message kat blog ni.

Kenangan PUO


Gambar ni kiriman Nurani bin Ali, gambar kelas masa PUO. Aku tak ingat kelas apa ni...rasanya kelas EC juga. Zain Hassan, Fauzi Hassan, Rahmat Ali, Chan Poh Pei antara yang ada dalam gambar ni. Nurani Ali yang duduk di sebelah Rahmat. Yang lain-lain tu aku tak berapa ingat nama....maaf ye maklumlah dah 30 tahun rasanya gambar tu. Tapi Mr. Motoki masih dalam ingatan aku....

Anyway....thanks Nurani.

Gambar Reunion Tak Rasmi Masa Kenduri Sahak





Gambar-gambar di atas adalah ehsan dari Lee Ban Det yang diambil pada hari kenduri perkahwinan anak Sahak Burn yang diadakan di Dewan Risda, KL pada Disember 2008.

Sebenarnya reunion tak rasmi ini adalah merupakan pertama kali aku dapat berjumpa dengan rakan-rakan yang hadir pada hari tu....selepas 29 tahun. Memang aku cukup happy sampai terbawa-bawa dalam mimpi beberapa malam. Terima kasih Ban Det sudi kirim gambar tu....

Monday, July 13, 2009

Coretan Nurani Ali

Salam

Apa habaq? Harapan saya sihat selalu dalam meniti usia keemasan.

Saya masih lagi bertugas dengan TM di Training Centre Jln Semarak. Menetap di Taman Keramat about 18yrs.

Salam saya untuk teman-teman Navy [Nama yang masih ingat both Rahmat, Wan, Matnor, Malek … ].

TQ

Nurani bin Ali

Saturday, July 11, 2009

Coretan Mat Not


Hi All, assallamualaikum
maaf lah tak kesempaian untuk menghaziri khenduri dirumah Wan bertemu kelian semua tempohari disebabkan urusan peribadi disaat akhir. In fact I already told Halim murugam to gather at Lumut. Any so sorry.
to all actually,
I'm working with Alcatel-Lucent (M) Sdn Bhd. Office at Wisma Denmark. KL. currently I dealing with Supply Chain- Logistic.
Having 5 children , staying at A-13, 9th Floor, Lestari Apartment, Bandar Seri Permaisuri, Bandar Tun Razak, KL.
Ist son: Graduated UPM- working at Tapah Pejabat Tanah
2nd son: Graduated UKM- working PLUS Subang Jaya
3rd. : Daughter- UPM
4th.: last time Sakit Jantung- alhamdulillah very x healthy now berkat doa kawanx.
5th: Tahun 4, Primary School.

Infact I/m very happy for hearing of you all attended Wans khenduri that day.

With this short messages , I hope could show / impress my seft happiness of sharing everything among friends.

Hop[e to hear somethings good news from you all soon.

I'm about to eat now, excuce me.

Wasallam


Mat Not

Coretan Man Cina


ASSALAMUALAIKOM Wbt

Buat semua teman-teman Navy-Puo,

Well, apa khabar, semoga semua berada di dalam kesejahteraan dibawah lindungan dan kerahmatan Allah s.w.t

Saya, Azman Batch 2 yang orang panggil Man Cina. Satu lagi Osman Sadin, itu Man Stim.

Saya cukup terharu pada 2 minggu lepas dimana telah berjumpa semula teman-teman senior iaitu Ayub, Bob, Fuad, Rahman, Halim Murugan, Rahmat Daud dll sempena menghadiri majlis perkahwinan anak Wan Rabun.

Dalam blog Navy-PUO yang telah disediakan oleh saudara Zaini LUTH, coretan DZ ada menanyakan tenatng keadaan En. Adnan. En. Adnan masih sihat dan tinggal di Bandar Manjung. Telah mengerjakan Haji 3-4 yang lepas. Saya kerap juga bertemu beliau terutama semasa bulan Ramadan setiap tahun beliau akan sembahyang terawikh di Masjid tempat kediaman saya iaitu di Masjid Kg. Dato Seri Kamaruddin.

Begitu juga dengan Bintara kedua yang menjaga kita selepas En. Adnan, iaitu Chief Kamaruddin. Beliau juga masih sihat dan bergerak sendiri sebagai kontrakor kelas F di Daerah Manjung.

Jadi sekiranya ada cadangan nak buat re-union, saya mencadangkan ianya dilaksanakan di Manjung. Ini kerana Daerah Manjung merupakan persinggahan yang strategik , berada ditengah Semenanjung Malaysia. Bukan kerana saya berada di sini, ini adalah kerana kepada kekawang yang berada di utara (Penang) dan KL mempunyai jarak yang lebih kurang sama.

Disini juga kita boleh menjemput kedua-dua insan tersebut di atas untuk sama-sama meraikan sambutan tersebut. Kedua-dua mereka mempunyai jasa kepada kita dan kita pula mungkin banyak dosa kepada mereka kerana seringkali menjadi kemarahan kita kerana menganggu tidur kita dengan PT Drill setiap pagi.

Saya kini telah menetap di Manjung selama hampir 29 tahun. Bekerja di MTU MALAYSIA, Jabatan Latihan selepas bersara pada tahun 2001. Bersama saya ada 3 staff ex-Poli. Razak Said JPS (PMC 2nd Batch) dan Syarif Osman (Budak AFATS yang serap masuk Navy).

Di kalangan Batch 2, mereka-mereka yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu ialah kedua-dua Yusuf. Satu, Yusuf kecik anak Polis di Sg. Senam, Ipoh. Pangkat akhir BK TMK unit FMC diketika itu. Meninggal pada tahun 1989 kerana kemalangan jalanraya di lebuhraya Air Keruh, Melaka.

Kedua, Yusuf Besar atau pun Yusuf Muncung. TLR tamat perkhidmatan untuk menyertai Limbungan TLDM. Meninggal pada bulan Mac tahun lepas kerana disyaki Denggi berdarah. Meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak.

Disepanjang selepas bersara ini, saya ada berjumpa dan pernah berkomunikasi dengan Tan Sui (Tycoon Labuan), Zaini Sirat, bertandang ke rumah Sahak Burn di Rawang, mengunjungi Danial di Batu Kikir sempena perkahwinan anak perempuan beliau, Acun di Hong Leong, Det, Hassan Mondok di JB dan BK TMK Mokhtar di JB, beliau adalah Bintara ke 3 selepas Cheif Kamaruddin. 1st Batch tak jumpa dia. Masa tu kita orang dah pindah dari Asrama Blok F PUO ke Kem 26 RAMD.

Well, teman rasa cukup dulu takat ni, teman memperkenalkan diri.

Semoga berjumpa lagi. Selamat Malam

Assalamualaikom.

NOOR AZMAN BIN MOHAMMAD
LOT 78, KG DATO SERI KAMARUDDIN TAMBAHAN
32040 SERI MANJUNG

Friday, July 10, 2009

Tahniah terima menantu




Tahniah kepada dua orang rakan, Ishak Zainal dan Wan Sallehudin kerana telah selamat menerima menantu. Wan menerima menantu beberapa minggu yang lalu, sementara Sahak menerima menantu beberapa bulan yang lepas.

Masa kenduri Sahak di dewan RISDA KL aku berkesempatan bertemu ramai rakan2 secara beramai-ramai setelah tidak bertemu hampir 30 tahun kot... yang datang hari tu antaranya Danial, DZ, Ban Deet, Fauzi, Ishak Mike, Bob dan beberapa orang lagi...ada yang dah hampir botak...ada yang dah beruban..tapi DZ menten rambut panjang...

Kenduri Wan Rabun aku tak sempat pergi.....sorrylah Wan..kat sini tentu lagi meriah kerana aku dapat tahu ramai geng kita yang hadir...frust aku tak dapat jumpa.

Bandeet....hari tu hang ada ambik gambag kita masa kenduri Sahak...hang hantag la kat aku. boleh masuk kat blog ni. Sapa ada ambik gambar masa kenduri rumah Wan pun hantarla kat aku boleh kita kongsi tengok kat sini...

Di manakah agaknya mereka kini?




Aku paparkan dua keping gambar kenangan rakan-rakan sekelas di PUO (kalau tak silap aku kelas EC 1 rasanya...entahla dah lupa). Baru tadi aku mendapat balasan emel dari seorang rakan sekelas, Zamrudah yang kini bertugas di TM.

Sejak meninggalkan PUO pada tahun 1980, aku pernah bertemu beberapa rakan di hujung tahun 80an seperti Amin, Zaleha Ali (Ley), Zamrudah...itu jer seingat aku. Yang lain-lain entah di mana agaknya mereka berada....entah macam mana rupa dan berapa orang anak agaknya....

Kalau rakan sekelas dari geng navy....Mat Nor aku baru jumpa pada tahun lepas kebetulan dia singgah di Tabung Haji dan jumpa aku di pejabat...selang tak berapa lama terserempak pulak dia kat LRT Ampang Park. Mat Nor memang tak berubah rupa dia....macam dulu la juga. Rakan-rakan yang lain seperti Rosmah, Dilah, Wan Nauyah apa kabar agaknya....(heh heh semua nama pompuan jer....yg lelaki aku tak berapa ingat nama...he he)

Coretan Fuad Padang Rengas


Hai geng....sorry aku belom join u all dlm dunia email lagi....ni baru nak mula...terlalu sibuk dgn aktiviti harian dan urusan majlis kenduri kahwen sepupu dan menjejak kasih sedara2 di Thailand yg sebelom in belom pernah bersua muka......
Bila ade org sebut pasal scrambler aku...aku pun terkedu la..rupa2 nye masih ade org igt kan moto buruk aku tu...bukan satu poli begegar..satu kampung maki aku bila aku balik kampung...entah macam mana bila je moto aku lalu kat depan rumah dia org...tv dia org akan terjejas..atau distorted dia punye siaran.
sekarang aku masih pakai moto jugak...yamaha juga..tp da upgrade sikit ke Virago...
kepada geng yg nak buat gathering tu..aku nak suggest buat je kat umh aku....kita ting tong buat collection...ajak org rumah masing2 dtg awal kerumah aku..dan sedia kan masakan...bini aku kalu buat steamboat n bbq memang dia suka....rumah aku coner lot so ade ruang untuk kita lepak2....lagi pun area rumah aku dekat dengan tempat berkelah...so boleh la bawa keluarga mandi2 di sungai...
dan kepada yg dtg dari jauh xpayah sewa hotel...boleh bermalam di rumah aku...insyaAllah boleh muat untuk 5 kluarga.rumah aku ade 5 bilik.jd aku squeeze kan ank2 n bini aku dlm satu bilik so ade 4 bilik kosong untuk anda semua...so 1 kluarga kene tdo kat ruang tamu...atas sofa..no pblm janji kita dpt berkumpul semua...
alamat rumah aku:

no1 jln langat ceria 1
tmn langat ceria
batu 10
43100 hulu langat

Tuesday, July 07, 2009

Gambar Rahman


Rahman!!! pasai hang rajin dok masuk blog ni aku hadiah kat hang paparan gambar hang kat sini.

Hang la ni macam mana? dok bawak kereta pakai lesen Agung lagi ka?

Monday, July 06, 2009

Ada lagi emel adress ni

Mat Nor: ahmad_noor.ishok@alcatel-lucent.com.my
Rahmat Daud: rahmat7224@yahoo.com
Sakaran Chetty: sekaran@dongwha-mh.com
Veloo: veloo@tasek.com.my
Zainal Pit: nz349@yahoo.com.my
zailand (pembetulan): nrzailand_bnsy@yahoo.com.my

Coretan DZ


Bravo!!! kat hang Mail..
and to Zaini yang buat blogspot..
'small clap untuk hangpa...kita semua???' hehe
anyway siapa tahu apa dah jadi ngan Encik Adnan kita?
kalau dia ada boleh kita cari.. pay visit kat dia..
terkenang juga memori indah dan perit ketika kita bersama dia..

DZ

Coretan Rahmat Daud


Aku dah pindah. Tak duduk Desa Petaling lagi, sejak 2002. Kalau tidak mesti terserempak kat Sg.Besi. Pasal tu lama tak jumpa.

Hang dok situ lagi?

Pasal En.Adnan; Idea yang baik. Aku pun rasa nak pi jumpa dia, kalau tau dimana. Da rasa bersalah dgn dia.

GI Megat & wife dia, aku pernah jumpa di Tasik Merah.

Bandet: Jam kata kalau nak buat gathering, kat KL boleh lah dia naik. Kat Manjung jauh sangat.

*** sorry Rahmat aku posting emel hang kat sini

Praktikal Kat Hong Leong Butterworth


Ni gambar nostalgia juga. Mae Kole komplen gambar dia tak ada so aku postkan gambar kenangan empat orang hamlau ni masa praktikal kat Hong Leong. Masa tu bulan puasa tapi empat hamlau ni tak puasa so apalagi selongkar dalam bot tu dapatla sebungkus mee segera, campur air sejuk pakat makan....hehehehe

Sunday, July 05, 2009

Hari Berangkat Ke PUO



Ha....ni dua gambar nostalgia kita. Dua gambar ni adalah gambar semasa kita menaiki keretapi dari Johor Bahru menuju ke Ipoh untuk memulakan pengajian kita di Politeknik Ungku Omar (PUO) pada tahun 1978 kot (kalau tak silap aku la...) Tentu engkau orang semua masih ingat kenangan ni......

Rakan-Rakan Yang Telah Pergi



Begitu cepat masa berlalu....kita kebanyakannya telahpun menghampiri setengah abad. Dan dalam mengharungi hidup ini, setiap kita pasti akan sampai ke penghujungnya..... begitulah adat dunia, tiap yang bermula pasti ada akhirnya....tiap yang bernyawa pasti menemui ajalnya.

Al-fatihah diucapkan kepada dua daripada rakan kita, Allahyarham Abdul Malik Basiron dan Allahyarham Hamid Jawa yang telah pergi mendahului kita menyahut panggilan Ilahi... dalam pengetahuan aku mereka berdua sahaja yang telah kembali kerahmatullah.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para salihin...amin.

Coretan Bob


Dalam kesibukan harian, kita lupa masa telah berlalu. Akan tiba waktu nya bila kita bertentang mata, tapi kita tidak nampak. Berteriak disebelah telinga, tetapi tidak kedengaran. Hanya kerana deria kita telah BER (Beyond Economic Repair)

Bob Sudharmin
Inspection Engineer
Shell Refining Company (Federation of Malaya) Berhad
Batu 1, Jalan Pantai
71000 PORT DICKSON
Negeri Sembilan

sambung alamat emel

Ramli Mingon: rmingon@yahoo.com
Mohd Razali Bin Man: razali.man@bnsy.com.my
Jimin Sinnin: jimin75@msn.com
Ahmad Bakar: ahmadbakar44@yahoo.com
Zaini Sirat: zainigssb@sumaigroup.com

Kalau ada lagi alamat emel yang diketahui sila maklumkan kepada aku...okey..

Senarai alamat emel

bob sudharmin: bobsudharmin@yahoo.com
ISMAIL YAHYA: mail7644@yahoo.com
Adnan Rabun: adnanz58@yahoo.com
David Hilang Baju: davidananthann@yahoo.com.my
Dzainudin MG: deizek@yahoo.com
Fauzi Hasan: akimah07@streamyx.com
Fuad Prengas: adajiazid@yahoo.com
Halim Murugan: halimamin59@yahoo.com
Lee Bandet: leebdet@yahoo.com
Mohan Singh: mohanasc@streamyx.com
Rahman MG: rahmanmyusoff@yahoo.com
Rahmat Daud: adamxy@streamyx.com
Rahmat Ali: rahmat.ali@bnsy.com.my
Rashid Husin: habdulrashid@yahoo.com
Sahak Mike: bic.bca@citylinkexpress.com.my
Sahak Zainal: ishakznl@yahoo.com
Tan Sue: tan48Soh@tm.net.my
Wan Salehudin: sitisalon@yahoo.com
Zailand Pelak: norzailand.ahmad@bnsy.com.my
Zain Rabun: zane@streamyx.com
Zaini LUTH Hassan: mohdzaini.hassan@gmail.com atau mohdzaini@thplantations.com
Razak Pekong: arazmy60@yahoo.com
Razak JPS: razak@mtumalaysia.com.my

senarai ini sumbangan Mail yahya

Saturday, July 04, 2009

Sembang ngan Syon kat restoran nasi kandar


Baru-baru ni semasa hari mengundi kat Penanti aku kebetulan balik Bukit Mertajam ziarah sedara mara. Masa tu aku teringat aku ada simpan nombor telefon Feisal (syon @ racun) so aku telefon la dia. Kebetulan dia berada disekitar Bagan (kat Jalan Chainferry kalau tak silap), jadi kami pun berjumpa la dekat restoran nasi kandar dekat situ (Restoran Subaidah kalau tak silap).

Dia dengan isteri dan anak dara dia, sementara aku dengan isteri dan dua orang anak dara aku. punya seronok jumpa, bersembang sakanla, maklum saja dan 29 tahun tak jumpa, sampai aku terlupa nak call Mae Kole yang dok kat Penang jugak....sorry la Mae aku betui-betui terlupa.....lain kali aku pi aku mesti telefon dan jumpa hang.

Syon hari tu dok kelam-kabut nak pergi KL sebab dia nak ke Nigeria atas urusan kerja. Dia dah balik ke belum kurang pasti la pulak...jangan dia balik tambah gelap macam orang Nigeria sudahla....

ok....adios.....

Friday, July 03, 2009

Alamat Emel

Mae Kole sedang mengumpulkan alamat emel rakan-rakan semua, so tolong sms kat dia....terima kasih.

Salam Kepada Semua Navy-PUO


Assalamualaikum kepada semua kawan-kawan. Blog ini dibuka istimewa untuk kita bekas-bekas anggota TLDM yang belajar di Politeknik Ungku Omar (PUO) diakhir tahun 1970an dulu.

Berbagai kenangan pahit manis telah kita tempuhi bersama. Walaupun aku tidak lama bersama kalian semua tetapi jiwaku tetap bersama kalian.

Kepada Wan Rabun (jangan marah haaa panggil Wan Rabun).....selamat mendapat menantu semoga cepat-cepat mendapat gelaran Datuk. Maaf kerana tidak dapat hadir kerana kesuntukan masa baru balik bertugas di Indon.

Gitu juga kepada Sahak....mungkin dah bakal mendapat cucu kot...

Ok.....sekadar intro....wa chowww dulu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com