Sunday, July 05, 2009
Rakan-Rakan Yang Telah Pergi
Begitu cepat masa berlalu....kita kebanyakannya telahpun menghampiri setengah abad. Dan dalam mengharungi hidup ini, setiap kita pasti akan sampai ke penghujungnya..... begitulah adat dunia, tiap yang bermula pasti ada akhirnya....tiap yang bernyawa pasti menemui ajalnya.
Al-fatihah diucapkan kepada dua daripada rakan kita, Allahyarham Abdul Malik Basiron dan Allahyarham Hamid Jawa yang telah pergi mendahului kita menyahut panggilan Ilahi... dalam pengetahuan aku mereka berdua sahaja yang telah kembali kerahmatullah.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para salihin...amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment