Berlanjutan dari perbincangan kecil yang diadakan malam tadi, perjumpaan telah diputuskan akan dilangsungkan di Teluk Batik Beach Resort mulai jam 8.00 malam. Event ini dilaksanakan mulai jam 8.00 mlm hingga selesai dan tiada sebarang acara sukaneka. Ianya lebih kepada perjumpaan dan berinteraksi bersama kawan-kawan lama dan salah satu acara nya ialah setiap seorang akan diminta memperkenalkan diri serta keluarga masing-masing dan kerjaya selepas tamat/pencen perkhidmatan. En. Zaini Hassan akan menayangkan gambar/slide dokumentari nostalgia pada malam tersebut. Semua kawan-kawan adalah diminta menyumbang dan membawa apa-apa hadiah dan cenderamata untuk menjayakan acara cabutan bertuah. Aturcara rasmi akan dimaklumkan setelah dimuktamadkan kelak.
Semua ahli untuk diminta untuk menyumbangkan apa-apa idea yang baik dan mampu dilaksanakan. Acara lawatan ke pangkalan TLDM sedang diusahakan dan selain dari acara malam tersebut lain-lain masa adalah masa ersendiri dimana kawan-kawan boleh berkelah atau melawat tempat-tempat perlancungan di sekitar Lumut dan Sitiawan, menziarah rumah kawan-kawan yang bermaustatin di sekitar Seri Manjung/Lumut/Sitiawan.
Diharap semua kawan-kawan dapat menghebahkan berita ini kepada lain-lain kawan yang tidak mempunyai aksess email ini. Tolong sahkan kehadiran segera kepada saya atau Mail Cole di mail7644@yahoo.com.
Jumlah kehadiran dikehendaki segera bagi memudahkan penempahan saiz dewan dan jumlah sajian. Anggaran per head adalah antara RM 20.00 - RM 30.00. Penginapan tidak disediakan tetapi kawan-kawan boleh membuat penempahan terus dari mana anda berada melalui semakan hotel di Lumut/Sitiawan di www.yellowpages.com.my
Kerjasama anda semua amat diperlukan bagi membantu menjayakan acara ini.
Thank You.
Wassalam,
Hj Azman
No comments:
Post a Comment