NAVY PUO: PROSEDUR PENTADBIRAN PENDAFTARAN MENJADI AHLI PBTLDM

Monday, September 20, 2010

PROSEDUR PENTADBIRAN PENDAFTARAN MENJADI AHLI PBTLDM

1.         Prosedur yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

 

a.         Semua borang permohonan menjadi ahli bagi bekas anggota  TLDM dan lain-lain yang layak mengikut perlembagaan, hendaklah diluluskan oleh mesyuarat  Ahli Jawatankuasa Cawangan setelah  dicadang dan disokong oleh ahli atau  ahli jawatankuasa.

 

b.         Setiap permohonan hendaklah disertakan:  

 

(1)        Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92) atau sebarang dokumen yang boleh membuktikan perkhidmatan beliau dalam TLDM sekurang-kurangnya selama 12 bulan berterusan.

 

(2)        3 keping gambar ukuran Kad Pengenalan

 

(3)        Salinan Kad Pengenalan

 

(4)        Bayaran yuran dan pendaftaran RM 52.00

 

c.        Kad   ahli akan dikeluarkan oleh pihak pusat.   Untuk tujuan   tersebut

           tuan dikehendaki memajukan dokumen-dokumen seperti berikut:

 

            (1)        1 salinan potostat borang permohonan yang telah diluluskan.

           

(2)        2 keping gambar ukuran Kad Pengenalan

 

(3)        Bayaran  kad ahli sebanyak RM10.00 (Semua bayaran yang terkumpul hendaklah dibuat melalui kiriman wang pos atas nama  Persatuan Bekas TLDM)

 

Peringatan:

 

Cawangan-cawangan      yang    belum      diluluskan         pendaftaran

pertubuhannya tidak dibolehkan membuka   akaun  bank persatuan dan

dilarang   oleh   akta   pertubuhan   untuk  memungut  dan  menyimpan

wang  orang  ramai.    Oleh  itu  adalah  dicadangkan  supaya pungutan

yuran dibuat menggunakan nama "Persatuan Bekas TLDM"  pusat dan

wang   bayaran    yuran   tersebut   hendaklah   dimasukkan   ke  akaun

Persatuan Bekas TLDM (Bank: Maybank. No. Akaun: 558293402926)

buat    sementara   sehingga  akaun  cawangan   dibuka..   Slip  bayaran 

hendaklah  disimpan sebagai bukti.

 

2.         Cawanagan-cawangan hendaklah menyediakan buku-buku  rekod keahlian,

harta alih dan tak alih serta resit resmi penerimaan yuran yang kemaskini.

 

3.         Adalah dimaklumkan juga  bahawa cawangan-cawangan   hanya boleh didaftarkan setelah mempunyai sekurang-kurangnya 50 orang ahli (Rujuk Perlembagaan Fasal 16).  Oleh itu pihak tuan dikehendaki mencari keahlian tersebut dengan kadar segera. Mesyuarat agung tahunan cawangan-cawangan hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan  bulan Oktober ini, untuk membolehkan  cawangan  menghantar perwakilan ke Persidangan Perwakilan Tahunan peringkat pusat yang dijangka pada penghujung bulan November tahun ini.

 

4.         Semua Ahli Jawatankuasa yang dipilih hendaklah menjalankan tugas masing-masing mengikut peruntukan  Perlembagaan Fasal 19, supaya pentadbiran dan tanggumngjawab dapat dijalankan dengan teratur dan berkesan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com