NAVY PUO: Sejarah Dan Asas Tujuan Penubuhan PBTLDM

Monday, September 20, 2010

Sejarah Dan Asas Tujuan Penubuhan PBTLDM

Tanggal 3 Mei 2007 adalah menjadi satu sejarah kepada semua  anggota bekas tentera dimana Pertubuhan Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia peringkat kebangsaan telah diluluskan oleh pehak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia  di bawah akta Pertubuhan 1966..  Proses pendaftaran ini telah mengambil masa hampir  2 ½ tahun  setelah beberapa kali deraf undang-undang (Perlembagaan) dibuat pindaan dan pembetulan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.  Berkat dari usaha dan niat yang murni ini maka akhirnya Penubuhan  PBTLDM telah menjadi kenyataan. 

    Ura-ura dan cadangan penubuhan PBTLDM ini telah pun diwar-warkan sejak dahulu lagi. oleh individu-individu tertentu dari kalangan bekas tentera laut yang mempunyai pandangan yang  positif bahawa perlunya PBTLDM diwujudkan.  Maka dari padangan dan  hasrat inilah yang menjadi pemangkin kepada beberapa individu termasuk Allahyarham Mohd Sharif Bin Hassan untuk meneruskan usaha-usaha penubuhan PBTLDM.

   Sehubungan itu maka pada 28 November 2004 suatu mesyuarat khas penajaan telah diadakan bertempat di Hotel Crystal yang telah dihadiri oleh beberapa orang bekas pegawai kanan dan anggota TLDM.  Dalam mesyuarat tesebut satu keputusan majoriti telah tercapai  untuk penubuhan dengan memilih  nama PBTLDM untuk di daftarkan.  Perlantikan  AJK yang mewakili  negeri-negeri  (Cawangan) juga telah dibuat secara rambang sebagai mewakili negeri.

 

Asas dan Tujuan Penubuhan PBTLDM

 Diantara asas yang pendorong kepada penubuhan PBTLDM ini adalah seperti berikut:

 1.  Tidak dapat dinafikan lagi bahawa apa juga jenis persatuan yang ditubuhkan saqma ada kecil atau pun besar adalah atas tujuan yang sama iaitu kearah kebaikan  kepada  ahli-ahlinya,  Apa tah lagi  kepada kita yang mempunyai  puluhan ribu bekas tentera laut di seluruh Malaysia.

 2.  Sebelum ini banyak pertubuhan-pertubuhan telah didaftarkan oleh pasukan dan unit-unit masing-masing dari ATM  diseluruh Malaysia   seperti:

 a.   Persatuan Kebajikan Islam Bekas Tentera Pangkat Rendak TLDM

b.   Kelab Rekreasi dan Kebajikan Bekas Bekas Anggota Tentera Malaysia

c.   Pertubuhan Khairat Kematian dan Kebajikan Bekas Bekas TLDM

d.   Persatuan Bekas Polis/Tentera Wilayah Persekutuan dan Selangor

e.   Badan Amal dan Kebajikan Juruperiksa Kakitangan Bekas TUDM

f.   Kelab Pegawai-Pegawai  Bersara Angkatan Tentera Kuala Lumpur

          g.   Maqjlis Veteran ATM

          h.   Persatuan Bekas Guru Tentera Malaysia

          i.    Kelab Pegawai Rerjimen Askar Melayu diRaja Malaysia

          j.    Kelab Bekas Askar Melayu DiRaja Kuala Lumpur

          k.   Kelab Veteran Komando Malaysia

          l.    Persatuan Perisikan Malaysia

          m.  Persatuan Bekas TUDM  (sedang menunggu kelulusan Jabatan Pendaftaran).

          n.   Persatuan Pegawai Lepasan Dathmouth TLDM

          o.   PBTM

Apa juga nama persatuan/pertubuhan dan kelab-kelab tersebut namun tujuan dan asasnya adalah satu iaitu kebajikan. Oleh itu adalah  wajar dan lebih berkesan jika persatuan/kelab ini terutamanya yang melibatkan TLDM  dapat diseragamkan didalam satu organisasi di peringkat Negara iaitu PBTLDM. Kewujudan rangkaian diantara negeri-negeri (Cawangan) di seluruh Negara juga dapat memperkukuhkan perpaduan, kekuatan dan pengaruh  supaya suara kita dapat didengar   oleh semua pihak. Supaya PBTLDM ini dapat dijadi sebagai suatu landasar dan wadah dalam memberikan sebaik mungkin membantu rakan-rakan seperjuang kita  yang kurang bernasih baik, disamping dapat meneruskan hubungan tali silaturahim  yang sedia wujud kekal berterusan. Menggalakkan lebih ramai bekas pegawai-gawai kanan dan pegawai-pegawai  bersama-sama  anggota lain pangkat untuk mengerakkan persatuan ini supaya hubungan yang lebih rapat dan mesra dapat dijalinkan.  Dengan ini juga adalah diharapkan dapat menarik  lebih ramiai Pegawai-Pegawai Kanan untuk menyertai persatuan ini, setelah didapati memberikan sambutan yang dingin didalam PBTM atas sebab-sebab tertentu. Memudahkan pihak-pihak Tentera Laut, Jabatan Kerasjaan dan Kementerian  menyalurkan sebarang maklumat yang melibatkan bekas anggota TLDM. Menyimpan rekod-rekod dan biodata ahli-ahli untuk memudahkan sebarang urusan jika diperlukan. Mengeluarkan buletin bagi memberikan maklumat dan  perkembangan semasa persatuan  secara berkala.

4 comments:

  1. Salam PBTLDM, saya Nashrul dari klang. Saya nak tanya, ada tak senarai AJK bagi PBTLDM ketika penubuhan pada 3 Mei 2007 dan siapa yang terlibat ketika penubuhan?

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Boleh Saya Dapatkan Alamat Persatuan?
    Sebab Saya Ingin menghantar surat jemputan ke persidangan.

    ReplyDelete
  3. As Salam...bagaimana mahu menghubungi bekas pegawai bersara TLDM Komander Md Farid Bin Hj Ibrahim yang menjadi nakhoda kapal KD Pelanduk dalam tahun 1981. Mengikut kata rakan sekerja beliau dahulu, Komander Farid seorang yang tegas tapi baik hati. Beliau di katakan sangat di GERUNI oleh lanun2 di perairan Sabah dan Sandakan. Kali terakhir bertemu dengan Komander Md Farid ialah dalam tahun 1985/7 dan alamat terakhir beliau ialah di AU/ Taman Keramat. Saya menetap di London sejak 2001 hingga sekarang. 10 tahun lepas saya dengar Komander Md Farid kerap juga datang ke MINDEF, Setapak atas urusan perniagaan. K.Farid ialah adik angkat saya sejak sekian lama. Jika ada info tentang beliau harap email saya di noorsham_harun@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com