NAVY PUO: KENANGAN SAHAK BURN DI MALAM REUNION

Thursday, December 24, 2009

KENANGAN SAHAK BURN DI MALAM REUNION


salam satu malaysia semua

Pertama aku dan family nak ucapkan tahniah kpd team penganjur yg telah bertungkus lumus menjayakan perjumpaan ini dgn lancar. Kepada semua rakan2 terima kasih kerana sudi hadir walaupun masing2 ada tanggungjawab lain. Aku sungguh terharu melihat rakan2 yg telah lama tidak ketemu.... ade yg sudah menjangkau 30 thn. Malam tu terasa spt duduk di kantin poly dan gerai Wak Roger kena maggi dan air sirap.
    Terlalu banyak kenangan dan sejarah kalau nak diceritakan dan kita imbaukan...tp masa mencemburi kita....walaupun sambung di kedai mamak diLumut...itupun tak tak cukup. Begitu pantas masa berlalu...
     Dimalam itu selain kenangan jumpa rakan2 aku juga mempunyai kenangan aku sendiri dimana dalam kegairahan bersalaman dan berpelukan dgn rakan2, aku tak sedari selama itulah cermin mata di baju aku hanya tinggal bingkai saje. Cermin entah kemana. Aku hanya sedari tika rakan kita Mohan Singh bagi biz card dan bila aku pakai cermin mata nak baca....alamak kenapa blurr ni....rupa2nya dua dua cermin hilang ! Almaklumlah cermin mata murah yg dibeli dipasar malam. Tapi aku tak kisah itu semua. Yg penting ketemu rakan2 lama kau. Akan aku simpan bingkai tu sebagai kenang kenangan.      
     Aku berdoa kehadrat Illahi agar aku dan family serta rakan2 ku sefamily dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, ditambahkan kesehatan agar dapat ketemu semula pada reunion yg akan datang....Amin.

Ishak Hj Zainal
ex 807234
012-210 3561 

2 comments:

  1. aku cam kurang percaya sikit kat lawak engko ni sahak. Abih tu yang engko dok repair tupai tu, pakai goggle welding kot??
    :bobsudharmin

    ReplyDelete
  2. asallamualaikum en Ishak Hj Zainal, saya amat tertarik dengan coretan tuan.... ya, kenangan sering mengalirkan air mata kita.... dan lebih menarik lagi ketika membaca kisah wak roger.... dan untuk makluman tuan, sayalah anak wak roger.... faiz_zanny 0125130656

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com