NAVY PUO: STATUS KUTIPAN DAN PERBELANJAAN

Thursday, December 24, 2009

STATUS KUTIPAN DAN PERBELANJAAN

ASALAMUALAIKOM DAN SELAMAT SEJAHTERA 
  
Hello Guys .! 
  
Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kalian semua atas sambutan dan sokongan yang diberikan untuk menjayakan majlis ini. Kami sebagai penganjur tidak berasa penat atau letih kerana kemeriahan malam tersebut dapat mengubat segala keringat yang tercurah. 

Kedua, kepada mereka-mereka yang telah pun membuat sumbangan tetapi tidak dapat untuk hadirkan diri, disini saya ingin memberi ruang sekiranya boleh haraplah dihalalkan kerana jumlah kedatangan telah dimuktamatkan pada petang hari Khamis 17 Dis 2009.  Jadi sekiranya tidak hadir jumlah kepala yang ditempah harus juga dibayar. 

Ketiga, kepada mereka-mereka yang hadir tetapi belum menjelaskan bayaran mereka, disini saya juga menghalalkan kerana tempoh kutipan telah ditutup. Begitu juga kepada mereka yang hadir tanpa rekod pada malam tersebut juga telah saya halalkan. 

Kemeriahan malam tersebut hampir punah kerana kelewatan Pak Nan, tetapi Alhamdulilah dengan kehadiran beliau dapat menceriakan kembali suasana majlis tersebut. 

Pecahan Perbelanjaan adalah seperti berikut : 

a.        Pendapatan keseluruhan kutipan         : RM 3,796.00 - lihat attachment Status Collection.
b.        Bayaran ke Hotel                              : RM 3,114.00 - lihat attachment IMG.jpgepenatan. 
c.        Cenderahati Ayat Kursi + Frame                 : RM 200.00 untuk 2 buah. 
d.        Hamper Cabutan Bertuah                 : RM 300.00 untuk 10 pack. 
e.        Bayaran Saguhati Pemuzik                 : RM 500.00 - diserah kepada Bro Zack. 

Dengan itu, disini saya ingin sekali lagi merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak terutama kepada Pak Mail 7644 kita yang telah berusaha diperingkat awal untuk membuat bancian kehadiran dan Bro Zack, Bro Rahman dan lain-lain yang pada mula-mulanya merangka untuk mengadakan mahjlis ini.   Tak lupa juga kepada semua rakan-rakan terutama yang datang dari jauh semata-mata untuk memberikan sokongan dalam menjayakan majlis tersebut. 

Akhir sekali sebagai penutup, saya memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang salah dan silap dalam kata-kata atau tingkahlaku disepanjang majlis berlangsung. Insyallah kalau ada kudrat dan sokongan semua untuk menganjurkan lagi pada masa-masa akan datang, saya secara sukarela menawarkan diri untuk membantu demi untuk ikatan silaturahim tak kira bangsa, budaya atau agama. 

Takbirrr...................Sekian, terima kasih. 
  
Hj Azman. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com