NAVY PUO: MAJLIS REUNION 2009 MERIAH DAN HEBAT!

Monday, December 21, 2009

MAJLIS REUNION 2009 MERIAH DAN HEBAT!






ALHAMDULILLAH .....semuanya berjalan lancar. Majlis Reunion 2009 NAVY-PUO-NIRIMBA-UK berjaya dianjurkan dengan meriah dan mendapat sambutan hebat dari rakan-rakan semua....dianggarkan seramai 150 rakan-rakan dan keluarga masing-masing telah sudi hadir memeriahkan majlis yang julung-julung kali diadakan. Pak Nan dan Chief Mokhtar turut hadir memeriahkan suasana.

Memang terharu melihat rakan-rakan yang sudi hadir......Sahak Mike walaupun bertongkat sangup juga hadir....tahniah! Man Stim hadir membawa delegasi teramai....(9 orang rasanya.....)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Man Cina (tuan rumah), Mael Kole (pemyelaras informasi), Rahman (penyumbang terbesar), Ban Deet, dan semua rakan-rakan yang memberikan sumbangan sama ada tenaga, buah fikiran, wang ringgit dan sebagainya.

Terima kasih juga kepada syarikat ELPOS PRINT SDN BHD yang berpengkalan di Bangi, Selangor kerana menyumbang RM500.

Selepas majlis tersebut berlangsung, kami beberapa orang (Danial, Racun, Man Cina, Rahman, Sahak Burn, Sekaran, Fauzi, Jaya, Man Stim dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat....maaf) pergi sambung majlis dengan minum kopi di kedai mamak depan CIMB. Antara resolusi yang diputuskan adalah reunion akan datang akan diadakan pada bulan JUN 2011 di Pulau Pinang. Harap-harap Mael Kole dapat bersedia untuk menjadi tuan rumah....

Kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan DVD yang ditayangkan pada malam tersebut sila berhubung dengan aku ditalian 016-3451739 atau 017-3926553

Untuk melihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan SILA KLIK DI SINI
(maaf gambar agak kurang menarik kerana di snap oleh anak aku yang baru belajar ambik gambar...sorry banyak2)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com