NAVY PUO: December 2009

Thursday, December 24, 2009

KENANGAN SAHAK BURN DI MALAM REUNION


salam satu malaysia semua

Pertama aku dan family nak ucapkan tahniah kpd team penganjur yg telah bertungkus lumus menjayakan perjumpaan ini dgn lancar. Kepada semua rakan2 terima kasih kerana sudi hadir walaupun masing2 ada tanggungjawab lain. Aku sungguh terharu melihat rakan2 yg telah lama tidak ketemu.... ade yg sudah menjangkau 30 thn. Malam tu terasa spt duduk di kantin poly dan gerai Wak Roger kena maggi dan air sirap.
    Terlalu banyak kenangan dan sejarah kalau nak diceritakan dan kita imbaukan...tp masa mencemburi kita....walaupun sambung di kedai mamak diLumut...itupun tak tak cukup. Begitu pantas masa berlalu...
     Dimalam itu selain kenangan jumpa rakan2 aku juga mempunyai kenangan aku sendiri dimana dalam kegairahan bersalaman dan berpelukan dgn rakan2, aku tak sedari selama itulah cermin mata di baju aku hanya tinggal bingkai saje. Cermin entah kemana. Aku hanya sedari tika rakan kita Mohan Singh bagi biz card dan bila aku pakai cermin mata nak baca....alamak kenapa blurr ni....rupa2nya dua dua cermin hilang ! Almaklumlah cermin mata murah yg dibeli dipasar malam. Tapi aku tak kisah itu semua. Yg penting ketemu rakan2 lama kau. Akan aku simpan bingkai tu sebagai kenang kenangan.      
     Aku berdoa kehadrat Illahi agar aku dan family serta rakan2 ku sefamily dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, ditambahkan kesehatan agar dapat ketemu semula pada reunion yg akan datang....Amin.

Ishak Hj Zainal
ex 807234
012-210 3561 

APA KATA MEREKA TENTANG REUNION

Tuan Hj Azman and the geng
 
Thank you and well done
 
rgds
russlan abdullah

wish i was there................
 
Hj Tajul
SO DO I....

DEIZEK  dzain 

Hj Azman,
 
Thank you and congratulations!
 
You guys have done a wonderful job BZ to the organising committee and Ring Leader production (abang Zack).
 
Besides getting together it's also a good opportunity for us to network with each other too.
 
Anyway BZZZZZZZZZZZZ.
 
Merry Christmas to those celebrating and Happy New Year 2010.
 
Anthony Au Chee Hoong (808519)

Syabas azman, zaini dan yang lain bertungkus lumus kerana telah menjayakan malam yang penuh bermakna. sayang DZain dan Zain rabun tak dpat hadir pada malam tu. saya memohon maaf kerana tak masuk blog Pou dan tak mengetahui yang saya kena bawa guitar dan buat persembahan. insyaallah kalau umur panjang kita adakan lagi perjumpaan, akan ku bawa guitar dan buat persembahan. anyway thanks and may we meet again soon.
sekaran, itu lagu india nanti saya kasi nyanyilah

Halim Murugan

OK janji itu janji. Perlu tunai. Again I wish to say, thanks a lot for such a good reunion. I was really carried away.
The organziers done a great job. Especially Haji Man,Spy Ismail,Bundet and others.
Merry Christmas and happy new year. Thanks.


SEKARAN CHETTY

salam semua, setinggi tinggi penghargaaan kpd pihak pengurusan yg di ketuai Zaini & hj Azman . Taniah utk semua yg menjaya kan dan sudi hadirkan diri. Terlalu banyak kenangan manis yg dapat di rakamkan dan tak dapat dilupakan. insyaalah panjang umor kita bertemu lagi.

Salam 
Rahman Yusoff 
0192110900.


Salam semua,

Aku nak ucapkan setinggi tinggi terima kasih pada hj Azman, Razak, Mael, Bandet , Zaini yg telah berjaya membuatkan majlis bagitu meriah. TP bila aku check bil yg HJ Azman buat tu, terlebih budget dah makan modal sendiri, Dah la letih , penat terpaksa keluarkan duit poket lagi. Aku cadangkan sesiapa yg rasa nak tolong  meringankan beban HJ Azman tu mari kita sama2 buat collection ganti balik. kalau setuju hello jer..

salam 

Rahman 
0192110900


Saya agreed. Please indicate how much each got to contribute?

Well again best job done by Hj.Azman, Bundet, Zaini, Mail and other.

Thank you.

sekaran chetty

Asallammualaikum and salam sejahtera buat semua 

1. Sorry pada malam tu aku terpaksa pulang awal kerana dirumah aku ada tetamu dan tidak dapat pekena tea di Lumut 

2.  Untuk bayaran tu aku rasa nanti aku akan bincang dengan Azman dan kami donet dersama 

3.  Untuk pengambilan ke 3 PUO saya harap dapat kalian join bersama kiranya ada dikesempatan yang lain dan untuk abang and our intake please contact as maximum for next reunion 

4.  TQ salam sejahtera dan kalau ada kesempatan yang lain dimajlis kenduri kahwin ANAK jangan lupa kawan kawan disini 


wasallam   
ABD RAZAK SAID

Bros,
 
The difference is approx RM 318 let us know the damage we can chip in ok. Good job
ANTHONY AU

ASSALAMUALAIKOM 

Buat semua kekawang, 

Seperti yang saya nyatakan dalam email saya bahawa semua apa perbelanjaan yang terlebih dan terkurang telah saya halalkan dan proses kutipan telah pun ditutup. 

Dengan itu, segala apa yang telah dibelanjakan adalah bererti sumbangan saya kepada majlis tersebut samada tenaga atau pun material.  Diharap semua kekawang tak perlu risau akan perkara tersebut yang merupakan perbelanjaan pembelian hamper adalah kemahuan saya dan sumbangan ikhlas saya kepada majlis tersebut. 

Ada kekawang mengeluarkan kos menghadiri majlis tersebut lebih daripada apa yang saya sumbangkan.  Sewa hotel, kos pengangkutan, kos makanan harian dan keletihan pemanduan dan lain-lain.  Jadi semuanya dibuat dengan 1 tujuan iaitu demi nilai sebuah persahabatan atau ikatan silaratulrahim antara insan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya. 

Sekian, terima kasih. 

Regards, 
Hj Azman 

Kalaulah ini nilainya sebuah sebuah persahabatan yang sejati insyaallah tahun depan
tetap aku akan datang walau pun terpaksa berkerusi roda..
 
cheers..
SAHAK MIKE

STATUS KUTIPAN DAN PERBELANJAAN

ASALAMUALAIKOM DAN SELAMAT SEJAHTERA 
  
Hello Guys .! 
  
Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kalian semua atas sambutan dan sokongan yang diberikan untuk menjayakan majlis ini. Kami sebagai penganjur tidak berasa penat atau letih kerana kemeriahan malam tersebut dapat mengubat segala keringat yang tercurah. 

Kedua, kepada mereka-mereka yang telah pun membuat sumbangan tetapi tidak dapat untuk hadirkan diri, disini saya ingin memberi ruang sekiranya boleh haraplah dihalalkan kerana jumlah kedatangan telah dimuktamatkan pada petang hari Khamis 17 Dis 2009.  Jadi sekiranya tidak hadir jumlah kepala yang ditempah harus juga dibayar. 

Ketiga, kepada mereka-mereka yang hadir tetapi belum menjelaskan bayaran mereka, disini saya juga menghalalkan kerana tempoh kutipan telah ditutup. Begitu juga kepada mereka yang hadir tanpa rekod pada malam tersebut juga telah saya halalkan. 

Kemeriahan malam tersebut hampir punah kerana kelewatan Pak Nan, tetapi Alhamdulilah dengan kehadiran beliau dapat menceriakan kembali suasana majlis tersebut. 

Pecahan Perbelanjaan adalah seperti berikut : 

a.        Pendapatan keseluruhan kutipan         : RM 3,796.00 - lihat attachment Status Collection.
b.        Bayaran ke Hotel                              : RM 3,114.00 - lihat attachment IMG.jpgepenatan. 
c.        Cenderahati Ayat Kursi + Frame                 : RM 200.00 untuk 2 buah. 
d.        Hamper Cabutan Bertuah                 : RM 300.00 untuk 10 pack. 
e.        Bayaran Saguhati Pemuzik                 : RM 500.00 - diserah kepada Bro Zack. 

Dengan itu, disini saya ingin sekali lagi merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak terutama kepada Pak Mail 7644 kita yang telah berusaha diperingkat awal untuk membuat bancian kehadiran dan Bro Zack, Bro Rahman dan lain-lain yang pada mula-mulanya merangka untuk mengadakan mahjlis ini.   Tak lupa juga kepada semua rakan-rakan terutama yang datang dari jauh semata-mata untuk memberikan sokongan dalam menjayakan majlis tersebut. 

Akhir sekali sebagai penutup, saya memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang salah dan silap dalam kata-kata atau tingkahlaku disepanjang majlis berlangsung. Insyallah kalau ada kudrat dan sokongan semua untuk menganjurkan lagi pada masa-masa akan datang, saya secara sukarela menawarkan diri untuk membantu demi untuk ikatan silaturahim tak kira bangsa, budaya atau agama. 

Takbirrr...................Sekian, terima kasih. 
  
Hj Azman. 

Monday, December 21, 2009

MAJLIS REUNION 2009 MERIAH DAN HEBAT!






ALHAMDULILLAH .....semuanya berjalan lancar. Majlis Reunion 2009 NAVY-PUO-NIRIMBA-UK berjaya dianjurkan dengan meriah dan mendapat sambutan hebat dari rakan-rakan semua....dianggarkan seramai 150 rakan-rakan dan keluarga masing-masing telah sudi hadir memeriahkan majlis yang julung-julung kali diadakan. Pak Nan dan Chief Mokhtar turut hadir memeriahkan suasana.

Memang terharu melihat rakan-rakan yang sudi hadir......Sahak Mike walaupun bertongkat sangup juga hadir....tahniah! Man Stim hadir membawa delegasi teramai....(9 orang rasanya.....)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Man Cina (tuan rumah), Mael Kole (pemyelaras informasi), Rahman (penyumbang terbesar), Ban Deet, dan semua rakan-rakan yang memberikan sumbangan sama ada tenaga, buah fikiran, wang ringgit dan sebagainya.

Terima kasih juga kepada syarikat ELPOS PRINT SDN BHD yang berpengkalan di Bangi, Selangor kerana menyumbang RM500.

Selepas majlis tersebut berlangsung, kami beberapa orang (Danial, Racun, Man Cina, Rahman, Sahak Burn, Sekaran, Fauzi, Jaya, Man Stim dan beberapa orang lagi yang aku tak ingat....maaf) pergi sambung majlis dengan minum kopi di kedai mamak depan CIMB. Antara resolusi yang diputuskan adalah reunion akan datang akan diadakan pada bulan JUN 2011 di Pulau Pinang. Harap-harap Mael Kole dapat bersedia untuk menjadi tuan rumah....

Kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan DVD yang ditayangkan pada malam tersebut sila berhubung dengan aku ditalian 016-3451739 atau 017-3926553

Untuk melihat gambar-gambar yang sempat dirakamkan SILA KLIK DI SINI
(maaf gambar agak kurang menarik kerana di snap oleh anak aku yang baru belajar ambik gambar...sorry banyak2)

Friday, December 04, 2009

ATURCARA MAJLIS REUNION

Ada sahabat-sahabat yang bertanya apakah pengisian majlis reunion ni....ini adalah cadangan aku...tertakluk kepada pindaan:

ATURCARA MAJLIS:


8.00 malam - pembukaan dengan bacaan doa
8.15 malam - tayangan video clip khas "navy-puo"
8.30 malam - ucapan wakil tuan rumah (JK Penganjur)
8.35 malam - ucapan/pengkesahan oleh wakil navy-puo
8.45 malam - ucapan VIP (Pak Nan)
9.00 malam - Jamuan makan malam sambil diiringi oleh pemain keyboard Memet Santana (tertakluk kpd sponsor)
                    - Abang Zack akan menyampaikan 2 lagu
                    - Halim Murugan buat persembahan gitar
                    - sapa-sapa lagilah yang nak menyanyi
11.00 malam - penyampaian hadiah khas (kategori belum diputuskan lagi)
                      - penyampaian cenderahati kepada Ayahanda kita Pak Nan
                      - bersurai

Thursday, December 03, 2009

BAYAR SUMBANGAN PAKAI MAYBANK2U LEBIH MUDAH

Kepada rakan-rakan semua, untuk membuat bayaran/sumbangan REUNION disyorkan pakai Maybank2u.....lebih mudah, jimat masa masa, hanya ketik jari anda di keyboard..... untuk masuk ke web maybank2y sila klik MAYBANK2U

Tuesday, December 01, 2009

KUTIPAN BAYARAN/SUMBANGAN REUNION

Untuk makluman rakan-rakan semua, sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini semua kutipan hendaklah di bank-in ke akaun Man Cina. Untuk memudahkan Man Cina diharap rakan-rakan semua dapat SMS beliau sebaik sahaja duit telah dibank-in. No telefon Man Cina: 013-5210373


Semoga majlis yang dirancang ini berjaya dilaksanakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com