NAVY PUO: Coretan Man Cina

Saturday, July 11, 2009

Coretan Man Cina


ASSALAMUALAIKOM Wbt

Buat semua teman-teman Navy-Puo,

Well, apa khabar, semoga semua berada di dalam kesejahteraan dibawah lindungan dan kerahmatan Allah s.w.t

Saya, Azman Batch 2 yang orang panggil Man Cina. Satu lagi Osman Sadin, itu Man Stim.

Saya cukup terharu pada 2 minggu lepas dimana telah berjumpa semula teman-teman senior iaitu Ayub, Bob, Fuad, Rahman, Halim Murugan, Rahmat Daud dll sempena menghadiri majlis perkahwinan anak Wan Rabun.

Dalam blog Navy-PUO yang telah disediakan oleh saudara Zaini LUTH, coretan DZ ada menanyakan tenatng keadaan En. Adnan. En. Adnan masih sihat dan tinggal di Bandar Manjung. Telah mengerjakan Haji 3-4 yang lepas. Saya kerap juga bertemu beliau terutama semasa bulan Ramadan setiap tahun beliau akan sembahyang terawikh di Masjid tempat kediaman saya iaitu di Masjid Kg. Dato Seri Kamaruddin.

Begitu juga dengan Bintara kedua yang menjaga kita selepas En. Adnan, iaitu Chief Kamaruddin. Beliau juga masih sihat dan bergerak sendiri sebagai kontrakor kelas F di Daerah Manjung.

Jadi sekiranya ada cadangan nak buat re-union, saya mencadangkan ianya dilaksanakan di Manjung. Ini kerana Daerah Manjung merupakan persinggahan yang strategik , berada ditengah Semenanjung Malaysia. Bukan kerana saya berada di sini, ini adalah kerana kepada kekawang yang berada di utara (Penang) dan KL mempunyai jarak yang lebih kurang sama.

Disini juga kita boleh menjemput kedua-dua insan tersebut di atas untuk sama-sama meraikan sambutan tersebut. Kedua-dua mereka mempunyai jasa kepada kita dan kita pula mungkin banyak dosa kepada mereka kerana seringkali menjadi kemarahan kita kerana menganggu tidur kita dengan PT Drill setiap pagi.

Saya kini telah menetap di Manjung selama hampir 29 tahun. Bekerja di MTU MALAYSIA, Jabatan Latihan selepas bersara pada tahun 2001. Bersama saya ada 3 staff ex-Poli. Razak Said JPS (PMC 2nd Batch) dan Syarif Osman (Budak AFATS yang serap masuk Navy).

Di kalangan Batch 2, mereka-mereka yang telah meninggalkan kita terlebih dahulu ialah kedua-dua Yusuf. Satu, Yusuf kecik anak Polis di Sg. Senam, Ipoh. Pangkat akhir BK TMK unit FMC diketika itu. Meninggal pada tahun 1989 kerana kemalangan jalanraya di lebuhraya Air Keruh, Melaka.

Kedua, Yusuf Besar atau pun Yusuf Muncung. TLR tamat perkhidmatan untuk menyertai Limbungan TLDM. Meninggal pada bulan Mac tahun lepas kerana disyaki Denggi berdarah. Meninggalkan seorang balu dan 5 orang anak.

Disepanjang selepas bersara ini, saya ada berjumpa dan pernah berkomunikasi dengan Tan Sui (Tycoon Labuan), Zaini Sirat, bertandang ke rumah Sahak Burn di Rawang, mengunjungi Danial di Batu Kikir sempena perkahwinan anak perempuan beliau, Acun di Hong Leong, Det, Hassan Mondok di JB dan BK TMK Mokhtar di JB, beliau adalah Bintara ke 3 selepas Cheif Kamaruddin. 1st Batch tak jumpa dia. Masa tu kita orang dah pindah dari Asrama Blok F PUO ke Kem 26 RAMD.

Well, teman rasa cukup dulu takat ni, teman memperkenalkan diri.

Semoga berjumpa lagi. Selamat Malam

Assalamualaikom.

NOOR AZMAN BIN MOHAMMAD
LOT 78, KG DATO SERI KAMARUDDIN TAMBAHAN
32040 SERI MANJUNG

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com