NAVY PUO: Sembang ngan Syon kat restoran nasi kandar

Saturday, July 04, 2009

Sembang ngan Syon kat restoran nasi kandar


Baru-baru ni semasa hari mengundi kat Penanti aku kebetulan balik Bukit Mertajam ziarah sedara mara. Masa tu aku teringat aku ada simpan nombor telefon Feisal (syon @ racun) so aku telefon la dia. Kebetulan dia berada disekitar Bagan (kat Jalan Chainferry kalau tak silap), jadi kami pun berjumpa la dekat restoran nasi kandar dekat situ (Restoran Subaidah kalau tak silap).

Dia dengan isteri dan anak dara dia, sementara aku dengan isteri dan dua orang anak dara aku. punya seronok jumpa, bersembang sakanla, maklum saja dan 29 tahun tak jumpa, sampai aku terlupa nak call Mae Kole yang dok kat Penang jugak....sorry la Mae aku betui-betui terlupa.....lain kali aku pi aku mesti telefon dan jumpa hang.

Syon hari tu dok kelam-kabut nak pergi KL sebab dia nak ke Nigeria atas urusan kerja. Dia dah balik ke belum kurang pasti la pulak...jangan dia balik tambah gelap macam orang Nigeria sudahla....

ok....adios.....

2 comments:

  1. Ini test jer. Semalam aku juga komen mengkomen, tak nak lak perginye

    ReplyDelete
  2. Tak pa mai call aku

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
http://www.emailcashpro.com